Kelas Kesedaran E-Sports
22 Oktober 2024 | Aktiviti TerkiniPada 21 Oktober 2024 Isnin, Pasukan GPS yang mewakili NADI Sebandi Ulu telah menyertai Kelas Kesedaran E-Sports. Kelas ini bertujuan memberi kesedaran berkenaan E-Sports dan impak positif terhadap individu. Tayangan video ini dibahagikan kepada 8 video seperti Nesdeg Video Commercial, Garis Panduan Pembangunan Sukan Elektronik, Nesdeg Teras 1, Teras 2 sehingga Teras 6. Antara objektif tayangan video ini ialah agar para peserta dapat didedahkan dengan beberapa intipati seperti Pengurusan Kontrak Kepada Pemain, Tadbir Urus Dalam Penganjuran Acara, Pemantauan & Perlindungan Kepada Kanak-Kanak, Kod Tatakelakuan & Etika, Laluan Kerjaya dan Aplikasi Sains & Perubatan Dalam Esukan. Semoga program ini dapat memberi impak positif kepada para peserta.
Intipati program adalah seperti berikut:
• Penerangan
• Tayangan video
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: